Wednesday, May 26, 2010

berita arini.......

salam korang....nie aku br pas bce harian metro....sile bce brite ni ek

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di ibu kota bukan saja dimaki-hamun pelajarnya, malah turut ditumbuk berulang kali pada muka menyebabkannya mengalami kecederaan.

Difahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.

Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah hari apabila guru berusia 24 tahun itu mengarahkan pelajar tertabit keluar dari kelasnya dan berdiri di hadapan pintu sebagai hukuman.

Menurut sumber, pelajar terbabit dalam keadaan marah keluar dan berdiri di hadapan kelasnya sambil mencaci guru berkenaan.

“Bagaimanapun, guru berkenaan tidak mengendahkan tindakan pelajar terbabit dan meneruskan sesi pembelajaran,” katanya.

Sumber itu berkata, sikap biadab pelajar itu berterusan apabila dia cuba mengeruhkan keadaan dengan mengganggu pelajar lain yang mengikuti pembelajaran.

“Setiap kali ditegur guru berkenaan, pelajar terbabit memaki-hamun mangsa menyebabkan keadaan tegang seketika. Bukan sekali dua ditegur, guru berkenaan menegurnya lebih 10 kali, namun dia masih berdegil dan cuba mengganggu sesi pembelajaran,” katanya.

Difahamkan, pelajar itu menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan lebih 20 minit menyebabkan mangsa mula berang.

Menurut sumber itu, guru berkenaan keluar dari kelasnya sebelum memukul bahu pelajar terbabit menggunakan buku teks dipegangnya.
Bagaimanapun, buku itu terjatuh apabila pelajar terbabit mengelak.
Tindakan guru berkenaan yang tunduk untuk mengambil semula buku itu mengundang padah apabila dia diserang pelajar terbabit. Sumber itu berkata, guru berkenaan ditumbuk lebih lima kali pada muka menyebabkannya cedera.
Difahamkan, guru itu tidak melawan kerana terkejut tindakan berani dan melampau pelajar terbabit.(berita slanjutnyer dlm Hmetro ek...kang aku copy sume metro x untung plak..ahaks)

ish pe la nk jadik bdk2 skang ek...cian aku tngk cikgu2 skang ni...x bleh nk hukum plajar langsung....nk rotan kang msk paper...nk gunting rmbt pelajar kang mk bpk mrh...abes cane lg nk wat...aku dl jgn la carik psl kne denda ngan cekgu nk g bgtau mk aku...kompom mak aku tmbah denda lg ade...diam2 sudahhh... dh tau ko slh kn.....klu ko x buat slh x kn la cekgu nk denda plak...gile ape kn....en.somi dl cite ms skolah die nakal gak....stakat kne denda nie mmg slalu la tp die x pnah lwn ckp cekgu sbb tau dh kang x berkat ilmu cikgu bg kn....klu bdk2 camgini agak2 camne ms dpn dieorg ek....ermmm x kose ah nk pkkn....ko berani buat ko tnggung la sndri....lalalalalala

p/s : ni post yg x bleh d publish td n aku dh edit...ayat dh bnyk tuko so dh x sdap lak nk bce...ah lantak la janji leh publish...ahaks...

8 comments:

  1. aik suda tukar ka.. dah tak sempoi ka?? ;p

    ReplyDelete
  2. salam,
    macam2lah budak zaman skrang,tak faham apa yang dorang nak sebenarnya

    ReplyDelete
  3. tu la kan..
    susah ahti betul dengan budak2 sekrg..

    kdg2 sampai terpk mcm mane pulak anak2 kite akan datang kalo skrg nie makin melampau2..
    nauzubillah..

    ReplyDelete
  4. blur33 : kdng2 sempoi...kdng2 semmm...kdng2 poiiii jek...kui3

    ummi aisyah : 2 la psl....

    Ena : ermm dieorg x pk cam kt dl...sume ni kn tuk kebaikkn kt gak kn....tp rsnyer mmg didikan dr awal tu penting...kne ajar dr kcik klu wat slh kne hukum....ermmm

    ReplyDelete
  5. ehem hem huk.. (sblm cakap batuk dulu ala2 politikus yg cam bagus dlm sesi interview kt tv. huk2).
    mak sy cikgu seni(dh pencen dh).
    ayah sy cikgu agama a.k.a. ustaz(pun dh pencen dh).
    abg sulung sy cikgu fizik tukar jd cikgu BI.
    akak ipar sy cikgu kimia.
    akak sy cikgu BI.
    (pjg tol mukadimah ni. ape aku nk ckp sbnrnye ni?)

    hasil pemerhatian diorang ni budak2 skolah yg jenis x tgl solat lbh senang terima ajaran n sng ati cikgu nk ajar w/pun xde la cerdik mane pun.
    compare dgn bdk2 yg x solat, w/pun cerdik tp kuat mlwn, trjebak gejala sosial n buat cikgu susah ati.
    tp nk wat camane, klau kt umah mak bapak pn x solat. kn?
    konklusi? pikir la sendiri.
    (Pjg tol komen. leh wat n3 dh ni. jgn mare mrs ecam ye..)

    ReplyDelete
  6. sis .. jemput ke blog amik award !!

    ReplyDelete
  7. cinta : kui3 ahli kluarga aku pong rmai cekgu....tp aku sukung stemen ko....xpe tumpang blog aku tuk wat n3...ahaks

    sleeping beuty : aku x leh view blog ko...lme dh....tensi nih nape ek

    ReplyDelete
  8. mmg kesian kat cikgu tu. Aku takat ni tak penah kena tumbuk dgn budak lagi la... tapi kena jeling dah selalu sebab jari jemari aku ni laju je mencuil sedikit isi di bawah lengan kalau tak bawa buku.... hehhehe....

    tingat dulu time blajau cikgu geografi mesti cubit kat perut kalau tak siap keje. huuuuu.... seram weh!!!

    ReplyDelete

maceh sbb sudi komen yek...heee